ANDA tak sempat balas jasa ibu bapa semasa mereka masih hidup...
Sebenarnya anda ada satu lagi
PELUANG untuk berbakti
iaitu dengan berwakaf atas nama mereka
Allah berfirman dalam Surah Luqman, ayat 14:
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍۢ وَفِصَـٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
Kepada anak-anak soleh yang ingin terus berbakti,
wakafkanlah kitab tajwid atas nama mereka
Kitab-kitab ini akan diwakafkan kepada pusat-pusat tahfiz untuk kegunaan pengajian anak-anak tahfiz seluruh Malaysia.
Walaupun, anak-anak tahfiz silih berganti, namun, kitab-kitab ini akan kekal digunakan oleh anak-anak tahfiz yang baharu. InsyaAllah, pahala akan berterusan untuk ibu bapa anda.
Bagi memaksimumkan penggunaan kitab ini, Yayasan Hubbulquran sedang melaksanakan Program Kembara Tajwid Anak Tahfiz (KTAT) di mana kami menjalankan BENGKEL TAJWID KHAS untuk anak-anak tahfiz, menggunakan kitab ini.
Kembara Tajwid Anak-Anak Tahfiz ke Maahad Tahfiz Darul Fuqaha
Kitab tajwid yang anda wakafkan ini merupakan satu keperluan sebagai rujukan utama bagi menjadikan anak-anak tahfiz ini mahir tajwid. Anak-anak tahfiz ini pula memang membaca seluruh al-Quran secara berterusan.
Mereka kelak akan menjadi imam-imam masjid yang anda menjadi makmumnya, guru-guru al-Quran yang anak-anak anda menjadi muridnya dan pakar al-Quran yang menjadi rujukan masyarakat.
Bayangkan pahalanya apabila setiap satu huruf yang dibaca secara tepat tajwidnya diberikan 10 kebaikan oleh Allah dan anda menjadi sebab mereka dapat membaca dengan sempurna.
MasyaAllah, pahala buat ibu bapa akan mengalir, bercabang dan berpanjangan
Ayuh berwakaf sebagai salah satu usaha mencapai redha Allah untuk bawa kita dan orang tersayang ke syurga Allah