Akaun yayasanhubbulquran.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KITA SUDAH TIADA DI MUKA BUMI, TAPI PAHALA MASIH BERJALAN MASUK TABUNG AMAL KITA


Itulah perumpamaan bagi mereka yang keluarkan harta untuk membantu orang lain menuntut ilmu




Alhamdulillah, Yayasan Hubbulquran sedang berusaha meluaskan lagi dakwah dengan membuka kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat sekitar. Kelas pengajian ini dinamakan sebagai Pusat Pengajian Baitul Qura', yang mana akan dibukakan kelas-kelas pengajian seperti kelas talaqi, tajwid, tadabbur, bahasa arab quran, fekah, tauhid, penulisan al-Quran dan sebagainya.


Jadi, kami membuka peluang kepada anda semua untuk turut sama menyemai pahala berpanjangan dan saham akhirat.


Abu Hurairah RA menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Apabila mati seseorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh"

(Hadis Riwayat Muslim)


Berikut manfaat dari keutamaan sedekah :

1. Pembuka Pintu Rezeki

2. Menyembuhkan Penyakit

3. Penghapusan Dosa

4. Panjang Umur

5. Terhindar dari Marabahaya




Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ 

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud." Riwayat al-Tirmizi (662)"


Jom bantu kami dengan menyuntik dana bagi proses pemulihan, renovasi serta membeli kelengkapan kelas pengajian bagi keselesaan kepada peserta yang akan mendalami ilmu agama ini


Sumbangan anda adalah untuk:

  • Penghawa dingin
  • Pengubahsuaian kelas
  • Karpet/ Lantai vinyl
  • Pintu keselamatan
  • Pentas penceramah/ guru
  • Kelengkapan kelas


Kenangan- kenangan program dan kelas pengajian yang dijalankan oleh Yayasan Hubbulquran



Sasaran RM40,000