"MAKAN MAGGI, POTONG DUA BOLEH JIMAT UNTUK MAKAN PAGI DAN MALAM!"
Sampai bila nasib mahasiswa berlapar ini nak berulang?
Selalu kita dengar mahasiswa dan anak muda adalah pemimpin masa depan. Tetapi bagaimana mereka hendak memimpin jika keperluan asasi mereka pun tidak dipenuhi?
BERITA TERKINI!
"Terpaksa tahan lapar setiap malam, mahasiswa bergelut kos sara hidup tinggi" – FMT Reporters
"Harga makanan kafe IPT naik mendadak, pelajar gesa pihak berkuasa campur tangan" – FMT Reporters
"Kenaikan harga barang, mahasiswa Malaysia desak buat protes jalanan" – Benar News
Malaysia kini menghadapi krisis ekonomi dan salah satunya menyebabkan kenaikkan harga barangan. Golongan mahasiswa tidak terkecuali daripada terkena tempias masalah ini. Kos sara hidup tinggi menyebabkan mereka berkira-kira untuk mendapatkan makanan yang secukupnya. Isu kelaparan ini bukan isu yang baharu.
Persoalannya, apa yang boleh kita buat untuk nak bantu mereka?
SEMPENA RAMADAN 2024
JOM BANTU JAYAKAN KEMPEN
SUAPAN KASIH MENARA GADING 2.0
Sebuah kempen sepanjang tahun yang memfokuskan kepada agihan makanan sedia dimasak untuk diedarkan kepada mahasiswa yang memerlukan dalam Selangor. Yayasan Hubbulquran telah merangka pelbagai bentuk projek sepanjang ramadan 2024.
Suapan Kasih Menara Gading 1.0 yang dilaksanakan pada Ramadan 1443H yang lalu
Bayangkan mereka ini adalah anak atau adik-beradik kita. Sanggupkah kita biarkan mereka setiap hari berbekalkan maggi dan roti sebagai makanan harian?
TAHUKAH ANDA?
Amalan yang boleh dilakukan yang memberi peluang kepada kita untuk memasuki Syurga Allah S.W.T salah satu caranya dengan memberi makan?
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَصِلُوا اَلْأَرْحَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَام
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”
Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)
JOM BERSAMA YAYASAN HUBBULQURAN
Kita ringankan beban mahasiswa yang masih berjuang meneruskan pembelajaran dengan membelanjakan sedikit harta kita untuk mereka mendapatkan makanan yang secukupnya!
HULURKAN SUMBANGAN SETAKAT YANG ANDA MAMPU!
Yakinlah bahawa pemberian anda tidak kira beberapa sekalipun pasti akan memberi kesan ketara dalam kehidupan seharian bukan sahaja kehidupan mereka bahkan untuk kehidupan anda juga.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank Yayasan Hubbulquran di bawah:
Bagi penyumbang yang melakukan sumbangan melalui Cash Deposit, tekan butang "Perbankan Internet / Mesin Deposit Tunai" dibawah dan masukkan gambar resit sumbangan di bahagian "Bukti pembayaran".
atau
Boleh juga hantarkan resit sumbangan ke nombor
Encik Amir : wasap.my/60136946008
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
*Isikan maklumat anda dengan tepat bagi menyalurkan sumbangan. Maklumat anda hanya digunakan untuk tujuan kemaskini keadaan semasa projek Suapan Kasih Menara Gading ini. Terima kasih.