Akaun yayasanhubbulquran.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Pemuliaan Al-Quran

 Memuliakan Al-Quran menjadi tanggungjawab bersama 


وَاِنَّهُ فِيْٓ اُمِّ الْكِتٰبِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيْمٌ
"Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh"
(Az-Zukhruf 43:4)


Teks Al-Quran rosak, lusuh dan terbiar, tidak diurus dengan sempurna merupakan satu penghinaan kepada Al-Quran


Yayasan Hubbulquran telah menerima apa saja yang dihantar oleh mereka sehingga ruang penyimpanan penuh dan perlu dilupuskan segera kerana masih banyak yang memerlukan bantuan



______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

"Banyak Al-Quran yang tak digunakan. Nak lupus kena guna duit, jadi simpan la dulu"


"Saya nampak ada buku-buku agama di tempat tong sampah, ada ayat Al-Quran dalam tu, boleh ke buang macam tu?"


"Nak bagi Al-Quran baru?? Al-Quran yang ada pun tak terpakai. Berkotak-kotak Al-Quran kami nak lupuskan. Tapi tu la, banyak sangat sampai kami tak mampu nak tanggung kos lupus"


Itulah antara masalah yang dilalui oleh masyarakat. Masalah ini juga terjadi di pusat pengajian Al-Quran seperti pondok tahfiz, madrasah, rumah-rumah kebajikan, masjid dan surau serta sekolah-sekolah yang mana Al-Quran yang sedia ada tidak digunakan sepenuhnya dan menyebabkan terbiar lusuh dan rosak dan ada yang dimakan anai-anai.



Bantu kami untuk membantu lebih ramai dapat memuliakan Al-Quran

Yayasan Hubbulquran memerlukan dana yang tinggi supaya dapat terus:


1- Mengadakan kempen kesedaran berkaitan keperluan pemuliaan Al-Quran lama dan rosak.
2- Menyediakan perkhidmatan pengumpulan di kawasan orang awam, termasuklah di tempat-tempat yang mengalami banjir.



3- Mengasingkan bahan-bahan terkumpul mengikut kategori yang sesuai
  

    


4- Menyimpan di tempat yang sempurna dan tersusun kemas



5- Mengawal selia proses pembakaran mengikut garis panduan pihak berkuasa



6- Menanam di tempat yang khusus

 


 Sumbangan anda sangat bermakna bagi memuliakan Al-Quran dengan menaja kos pelupusan Al-Quran 


TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG YANG MEMBANTU KAMI MELUPUSKAN QURAN MEREKA YANG MEMERLUKAN


TERUSKAN MENYUMBANG UNTUK KAMI BANTU RAMAI LAGI DILUAR SANA