
Saban hari kita mendengar kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahfiz. Masalah yang dihadapi oleh pelajar tahfiz ini telah memberi kesan kepada hafalan dan pengajian mereka.
Lebih membimbangkan lagi, pasca COVID-19 baru-baru ini telah mengakibatkan banyak tahfiz mengalami masalah pengurusan dalam kewangan. Kelas-kelas pengajian banyak terganggu, ditangguh dan terdapat pusat-pusat tahfiz yang terpaksa ditutup.
Akhirnya, menyebabkan pengajian anak-anak tahfiz ini ketinggalan dan hafalan al-Quran mereka terbantut. Hal ini amat mendukacitakan.

Anak tahfiz merupakan generasi yang akan menjadi pemimpin al-Quran pada masa akan datang. Mereka ialah golongan yang tergolong dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya" [HR al-Bukhari]
Mereka juga ibarat al-Quran bergerak yang menghafal al-Quran dan menjaganya di dalam dada. Seterusnya, mereka juga akan dapat memberi manfaat melalui peranan sebagai imam, guru-guru al-Quran dan menjadi rujukan dalam bidang al-Quran.
Semua ini tercapai kerana golongan ini sanggup meluangkan masa, tenaga dan menahan diri dari melakukan aktiviti yang digemari oleh yang seusia dengan mereka DEMI AL-QURAN.
YA ALLAH, RAHMATILAH KAMI
DENGAN AL-QURAN
Semua ini tercapai kerana golongan ini sanggup meluangkan masa, tenaga dan menahan diri dari melakukan aktiviti yang digemari oleh yang seusia dengan mereka DEMI AL-QURAN.
YA ALLAH, RAHMATILAH KAMI
DENGAN AL-QURAN
Jom bersama kami membantu pelajar tahfiz memartabatkan dan memantapkan penguasaan bacaan al-Quran
HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERTAJWID
Imam al-Jazari menukilkan dalam matannya yang terkenal [al-Muqaddimah al-Jazariyyah; hlm 11] yang bermaksud:
"Dan mengambil (membaca) dengan tajwid adalah wajib, barangsiapa yang tidak memperelokkan al-Quran (bacaannya) maka dia berdosa"
Semua pembaca al-Quran termasuklah anak-anak tahfiz perlu menguasai tajwid bagi menghindari kesalahan-kesalahan bacaan. Ini kerana jika tidak berlaku sedemikian, boleh mendatangkan dosa.
Bagi memastikan proses pengajian dan hafalan dapat dipulihkan, peningkatan kemahiran guru-guru dan penguasaan pelajar mesti ditingkatkan. Dan proses ini dilakukan dengan lebih sistematik tanpa membebankan kos pengurusan tahfiz.
Justeru, Program Kembara Tajwid Anak Tahfiz (KETAT) merupakan salah satu alternatif penting dalam memulihkan bacaan al-Quran bertajwid dalam kalangan anak-anak tahfiz.
![]()

Usaha ini dilakukan berpandukan jejak langkah Nabi sewaktu menyampaikan dakwah kepada manusia. Bermula dari zaman Rasulullah bergerak dari satu kaum kepada kaum yang lain dan diikuti oleh para sahabat yang berhijrah semata-mata menyampaikan dakwah agar setiap manusia mendapat agama yang benar.
Begitu juga Yayasan Hubbulquran (YHQ) yang akan mengembara ke tahfiz-tahfiz dengan berkongsi ilmu tajwid berkitab dan menyampaikan bantuan kitab sebagai sumber rujukan utama.
Kembara Tajwid Anak Tahfiz akan menggunakan kitab tajwid Panduan Lengkap Ilmu Tajwid (PALITA) yang mendapat Anugerah Buku Pengajian Al-Quran Terbaik oleh Anugerah Buku Negara 2022.

Kitab ini amat sesuai untuk dipelajari dalam pengajaran ilmu tajwid kepada pelajar.

Bersama anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Fuqaha

Pengarang kitab PALITA, Ustaz Abu Iskandar menyampaikan bengkel di Maahad Tahfiz Darul Fuqaha

Penyampaian interaktif semasa bengkel kitab tajwid PALITA
Jom rebut peluang untuk gandakan pahala anda dengan menaja mereka kitab ilmu tajwid dan kelas pengajian
Semai Di Dunia, Tuai Di Akhirat
Selamat Beramal!
Semai Di Dunia, Tuai Di Akhirat
Selamat Beramal!