Infak Ramadan 2024

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Jangan kita lupa yang tak senasib dengan kita
Betul ke ada lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Betul! Kami diberitahu sendiri oleh Aunty Christina, salah seorang penduduk Kampung Gana, Sabah
Baru-baru ini, kami pergi melihat dengan mata kepala kami sendiri kesusahan penduduk di sana
Jujur kami cakap, kami tak sangka, yang nampak macam pondok itu rupanya 'rumah' Encik Tito bersama 3 anaknya. Encik Tito dan keluarganya adalah salah satu daripada keluarga yang kami ziarahi dan sampaikan bantuan tempoh hari
Ramai lagi yang nasibnya seperti En. Tito ini . Mereka sangat perlukan bantuan dan perhatian

Di bulan Ramadan yang mulia ini, apa kata kita hadiahkan Ramadan yang lebih bermakna buat mereka?
Infak anda dalam kempen ini akan diagihkan untuk:
1. Iftar dan sahur
Makanan sedia untuk dimakan untuk asnaf, muallaf serta yang memerlukan
2. Bekalan makanan
Sumbangan berupa barang keperluan harian seperti beras, gula dan sebagainya
3. Pendidikan Al-Quran
Bengkel dan seminar ilmu bagi asnaf dan yang memerlukan sepanjang tahun.
