
PELABURAN YANG TIDAK RUGI,
BEKALAN AKHIRAT SELEPAS MATI
Semua berlumba-lumba melaksanakan sebanyak ibadah yang boleh dilakukan.
Begitu juga dengan konsep menderma, umat Islam akan menyumbang setiap hari.
KEMPEN GENERASI QURAN bertujuan menjadikan masyarakat Islam untuk terus mendampingi Al-Quran sama ada ketika membacanya atau mengamalkan dalam kehidupan seharian. Ia akan melahirkan masyarakat yang amanah dan jujur sekaligus menunjukkan keindahan Islam.
INFAQ AL-QURAN dan KITAB PANDUAN ILMU TAJWID, PELABURAN BERGANDA
Jom bersama Yayasan Hubbulquran menginfak Al-Quran dan Kitab Panduan Lengkap Ilmu Tajwid untuk kegunaan para guru Al-Quran, pelajar tahfiz, pelajar kelas Al-Quran dan orang awam. Sesungguhnya golongan ini sentiasa membaca Al-Quran yang disumbang anda.
Bukankah itu satu pelaburan terbaik?
Pahala menginfak dan pahala bacaan Al-Quran menjadi milik anda walau kematian menjemput
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya"
[ HR Muslim, al-Nasa'i, al-Tirmizi & Abu Daud ]
Bukan itu sahaja,
Edaran Al-Quran akan diiringi dengan Kitab Panduan Lengkap Ilmu Tajwid (PALITA)
Buku ini telah mendapat Anugerah Buku Terbaik dalam Pengajian Al-Quran oleh Buku Negara pada 2022.
Manfaat sumbangan anda:
1- Al-Quran yang akan dibaca setiap hari
2- Kitab Tajwid PALITA yang dijadikan rujukan
3- Bengkel tajwid yang disampaikan oleh ahli Al-Quran
Saham Akhirat Yang Menguntungkan
Salurkan sumbangan anda sentiasa,
agar akhirat menjadi orang kaya